Selasa, 05 Mei 2015

Rolling Hills Asylum

Rolling Hills Asylum dibangun pada tahun 1790, tujuan utama dari rumah itu tidak lain untuk melayani dan menawarkan bantuan kepada orang-orang yang tidak memiliki rumah. Oleh karena itu, setelah ditinggalkan, rumah tua itu dikembangkan sebagai mal, namun di rumah berhantu ini seringkali terdengar  suara-suara aneh, bayangan, dan bahkan penampakan makhluk halus


Berbagai usaha dilakukan manajemen mal untuk mengusir makhluk-makhluk halus itu dengan cara mencoba menghubungi para ahli yang memiliki kemampuan untuk berkomunikasi dengan hantu, dan membuat beberapa eksperimen untuk membuktikan apakah itu benar.Terletak di antara Buffalo dan Rochester, Rolling Hills Asylum mempunyai keluasan lebih kurang 53000 kaki persegi, bangunan ini terletak di atas bukit di perkampungan desa E. Bethany, NY dan kini telah menjadi sebuah destinasi popular untuk pemerhati paranormal selama bertahun-tahun. Dibuka pada 1 Januari, tahun 1827 dan pada asalnya dinamakan The Genesee County Poor Farm, ia telah ditubuhkan oleh Genesee County untuk menempatkan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan termasuk paupers, pemabuk lazimnya, orang gila, orang kurang upaya, orang buta, tempang atau sebalik nya, anak-anak yatim, janda, vagrants, dan malahan seorang pembunuh.
Dalam tahun 1950-an, nama bangunan telah ditukar menjadi Old County Home & Infirmary, dan kemudian pada tahun 1990-an telah diubahsuai menjadi kedai-kedai dan kemudian 1 pusat membeli-belah barangan antik. Apabila pemilik harta, vendor dan pembeli mula menyedari kejadian aneh, sekumpulan paranormal telah dipanggil untuk menyiasat dan kemudian mengenalpasti situasi menyeramkan di Rolling Hills. Laporan tersebut merangkumi suara terpisah daripada jasad, pintu tertutup secara misteri,jeritan di waktu malam, lembaga seperti bayang-bayang dan banyak lagi.Case Manager Rolling Hills, Suzie Yencer menceritakan satu pengalaman yang mengerikan: "Pada September 2007 Semasa bekerja dengan pemerhati paranormal, terdapat seorang lelaki yang menjalankan penggambaran dokumentari tentang bangunan tersebut. Beliau mahu mencuba satu eksperimen dalam salah satu bilik. Beliau memilih bilik di tingkat bawah tanah, yang lebih dikenali sebagai bilik Krismas. Beliau mahu cuba untuk duduk di dalam bilik tanpa lampu atau kelengkapan lain tetapi hanya ingin menggunakan pink glow stick di tengah-tengah bulatan orang. Kami juga meletakkan bola kecil dan rocking horse untuk budak-budak di dalam bulatan tersebut. Lelaki tersebut meminta hanya saya yang bercakap dan cuba untuk membuat hubungan dengan dunia roh. Kemudian semasa saya bercakap, kejadian yang aneh mula berlaku. Pink glow stick mula bergerak ke depan dan ke belakang, dan rocking horse mula bergerak perlahan-lahan. Beberapa tetamu di dalam bilik termasuk saya melihat tangan dan lengan yang datang entah dari mana dan cuba mencapai bola dalam bulatan dan kemudiannya hilang .... "

http://www.jeswatch.net/movie/ghost-hunters-e09-trans-allegheny-lunatic-asylum-streaming-hd

Tidak ada komentar:

Posting Komentar